Showing posts with label Sad. Show all posts
Showing posts with label Sad. Show all posts

Tuesday, 23 October 2012

Frust

Ikut kan realiti, x selalu hidup ni senang je kan..ada tikanya kecewa dan sedih sangat..

Cuba bayangkan kita berusaha untuk kebaikan diri sendiri dan org lain..Untuk diri sendiri x sedih sgt sbb kita tahu kita mmg berusaha bersungguh-sungguh..tapi kalau hanya kita je yg berusaha...tp org lain tu buat x tau je dan buat mcm xde ape yg berlaku..sedih x? Dah la dia x usaha sendiri, x tolong support sekali lepas tu buat mcm x reti je..padahal kita nk tolong dia dan sama2 berusaha..susah nya nak mengubah org ke arah kebaikan kalo org tu sendiri tak nak berusaha..

Entah la..nak mengeluh x baik..nnt susah dpt rezeki..tapi nk buat macamana lg..tertekan nya..Allah x akan bagi mcm tu je..kena usaha, berdoa dan tawakal..

Mood: Kucar kacir

Wednesday, 4 January 2012

Saya Kecewa

Kenapa? adakah saya tengah bersedih? hmm xde la sedih pun sebenarnya..habis tu kenapa saya kecewa? hmm ntah la..kecewa dgn kehidupan sekarang ke? oh no no no!! Alhamdulillah hidup saya sungguh indah dan sempurna sekarang ni disamping suami dan anak terchenta..habis tu kenapa saya kecewa? hmm biarlah soalan saya ni di jawab dgn soalan-soalan di bawah ni..
  • kenapa ada orang suka memberi sindiran daripada berterus terang sahaja
  • kenapa ada orang suka menuding jari pada orang lain sedangkan sepatutnya dia harus melihat diri sendiri dahulu..yang sebenarnya dia melakukan sesuatu seperti yang dikatakan kpd orang lain itu
  • kenapa ada orang cuma mengatakan apabila dia berada dalam kesusahan..tiada orang yang membantunya..sedangkan dia juga cuma meminta bantuan ketika berada dalam kesusahan untuk mengadu domba..apabila dah senang dan bahagia..sepi tanpa berita..dan perlukah kita menebalkan muka bertanya sedangkan jikalau hanya sekadar dijawab secara acuh x acuh sahaja..adakah masih rasa untuk bertanya dan mengambil berat..nantikan dikata menyibuk pula
  • kenapa bila ada sengketa..dia akan mengatakan org lain yang memulakan persengketaan..rasanya dia juga perlu melihat pada diri sendiri di mana silapnya
  • kenapa perlu memikirkan dan mengatakan ada orang tidak berpuas hati dengan rezeki dan kelebihannya..sedangkan dia juga tahu yang rezeki itu adalah datang daripada Allah Yang Maha Kuasa..adakah dia juga sebenarnya menafikannya..sedangkan orang yang dia perkatakan itu sentiasa redha dengan ketentuan Ilahi..adakah dia sudah membuat fitnah?
  • kenapa perlu bermegah dengan kelebihan yang diberi..dan seperti ingin memberitahu semua orang dalam dunia ini yang dia mendapat kelebihan itu..bukan cuma sekali tapi lebih daripada sekali di war-war kan kepada semua orang..adakah itu sudah menjadi kemegahan buatnya?
Hmm..itulah soalan-soalan yang merupakan jawapan kepada soalan kenapa saya kecewa?

Tuesday, 6 September 2011

Mood Rindu

Tika dan saat ini aku amat merinduinya..walhal seminggu je untuk tidak berjumpa..tp rindu ni membuak-buak..hari isnin lps blk keje..aku menangis rindukan dia..sbb ptg2 blk keje aku akn ambil n dukung dia bwk msuk kereta..dia syp je dlm kereta..aku akn perhatikan mood dia ok ke x..kalo mcm ceria..lega la..tp kalo nmpak muncung je mesti ada yg x kena..arghhh LYDYA..mama rindu ni..lambatnya hari sabtu nk blk kg ambil lydya..nt mama nk cium..nk peluk lydya..

Nur Saera Lydya kesayangan mama dan papa..we love u!!