Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Wednesday, 15 May 2013

Iman Ku Masih Belum Kukuh - Aku Redha dengan Ketentuan-Nya

Saya mengaku yang saya masih cetek ilmu agama..InsyaAllah saya akan sentiasa mempertingkat diri untuk mempelajari ilmu agama dengan banyak lagi..
Saya bertuah kerana dibesarkan oleh kedua orang tua yang tidah pernah lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah..Abah saya seorang Imam di Madrasah..emak saya pula selalu mengikut abah saya untuk solat berjemaah di madrasah..solat lima waktu berjemaah..jarang sekali saya melihat mereka solat bersendirian..melainkan abah saya ada kerja di luar kawasan..
Masa kecil-kecil dulu saya suka mengikut mereka ke madrasah dan masjid..majlis-majlis agama..Maulidur rasul..tahlil dan lain-lain..
Saya sepatutnya bersyukur dibesarkan oleh kedua orang tua yang sangat menitik beratkan solat lima waktu..tiang agama..kalo terbangun lambat matahari dah cerah memang kene bebel kat mak bukan sehari tapi sampai dua hingga ke tiga hari..dia akan bercakap pasal pentingnya bangun pagi-pagi..solat Subuh..supaya dimurahkan rezeki..dibukakan hati..

Ya Allah beruntungnya saya.........apabila saya melihat ada mak ayah yang tak ambil kisah dengan anak-anak solat atau tidak..saya mesti terus terpikir..cukup ke solat lima waktu mak ayah mereka ni..dan selalu juga saya nampak di depan mata yang mak ayah pun sama naik dengan anak tak solat...lepas tu saya mesti juga terfikir..ke manakah arah tuju keluarga mereka..ye memang tidak dinafikan keluarga mereka bahagia, penuh dengan kasih sayang, mengambil berat sesama mereka..tetapi adakah cuma untuk di dunia sahaja..macamana pula bekalan di akhirat kelak..kalau anak tidak solat..siapa yang akan mendoakan mereka setelah meninggal dunia..

Ya Allah..sudah jelas..kedua orang tua ku menyuruh anak-anaknya solat lima waktu..baca Al-Quran..baca Yassin..agar kami dapat mendoakan mereka kemudian hari..dan sudah jelas juga agar kami dapat membimbing keluarga kami ke arah jalan Allah..

Dan sekarang setelah berkeluarga dan mempunyai anak..saya sangat menginginkan sebuah keluarga yang bahagia, berkasih sayang dan beriman..InsyaAllah saya dan suami akan memperingati di antara satu sama lain..saya percaya di mana peranan suami saya sebagai ketua keluarga sangat lah penting dalam membimbing dan memberi ilmu agama kepada keluarga..namun saya juga tidak kisah jika saya yang perlu menjadi ditaktor jika suami terleka dalam bab ni...kerana saya percaya jika salah seorang tebal ilmu agama dan akidah..dengan sendirinya akan mendorong pasangan ke arah yang sama..


"akhlaq yang baik lahirnya dari akidah yang kuat"

jika hendak diumpama, 
pokok yang menghasilkan buah yang lebat masak serta ranum lagi enak dimakan pastinya punyai akar yang kuat.....begitulah kita sebagai manusia....

ibadah asas mampu memelihara diri dari melakukan maksiat
kalau mampu....
amal lah ibadah sunat..insyaAllah, menjadikan anda mukmin hebat..:)

apepun...

Bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w :
"Sebaik-baik amal ialah amalan yang kekal walaupun sedikit."


Kerdil nya rasa diri ku ini..termalu sendiri..nak minta macam-macam dengan Allah..nak itu nak ini..tapi kewajiban kepadanya masih kelaut..huhu..Ampun kan hamba-Mu ini Ya Allah..Ku tahu Allah menyayangi ku..sebab diri ku pernah alpa, pernah lalai, pernah leka...pernah melakukan dosa...dan sekarang Allah terus menduga ku agar mengingati-Nya..berdoa pada-Nya tanpa jemu..Ku redha Ya Allah..jika ini yang terbaik..hanya Engkau yang Maha Mengetahui...AKU REDHA..AKU REDHA..

Monday, 25 February 2013

Amanah Allah S.W.T

Di pagi ini pabila daku melihat balik gambar ini yang di 'snap' malam tadi..hati rasa sayu dan syahdu sgt sehinggakan menitis air mata ku..

Ya Allah sungguh besar amanah Mu..tidak ternilai anugerah-Mu..
Akan kami jaga dan bimbing Nur Saera Lydya supaya menjadi khalifah-Mu..
Kami tidak akan pernah putus asa dalam mendidik nya agar menjadi anak yang solehah..
Semoga Allah terus memberkati perjuangan kami..menguatkan keimanan kami untuk menjaga dan membimbing anak-anak kami..dengan izin Allah..semuanya adalah BENAR belaka..ALHAMDULILLAH..



Sayang ku Lydya..anak ku..ingat lah sayang umpama kain putih yang bersih, suci dan murni..kami akan mencorakkan sayang dengan susun kata yang terpuji..gambar-gambar yang menarik..warna-warna yang sedap mata memandang..pemandangan yang sangat indah..supaya sayang menjadi contoh yang terbaik untuk adik-adik, sepupu dan rakan taulan..Amin..

Monday, 10 December 2012

JANJI-JANJI ALLAH


Hati ini paling tersentuh dan diri ini sangat lah insaf,
" dan apa jua kesusahan yang menimpa kamu ia adalah disebabkan apa yg kamu lakukan, dan Allah mengampuni sebahagian besar dari dosamu"

Alhamdulillah..Allah sangat menyayangi ku..walaupun telah banyak dosa yang hamba-Mu ini lakukan..
YA ALLAH...terus lah ampuni hamba-Mu ini..


Monday, 23 July 2012

4 Ramadhan 1433H

Hari ini bersamaan 4 Ramadhan 1433H. Nampaknya sudah 4 hari kita berpuasa. Semoga puasa kita semua diberkati dan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T.

Macamana dgn puasa, berbuka dan bersahur anda semua? Semua nya berjalan lancar kan? Saya pula..Alhamdulillah..masih dpt menunaikan kewajipan rukun Islam yang ke-3 ini dengan lancar..di samping  itu sama-samalah kita memperbanyakkan ibadah kepada Allah di bulan yang penuh mulia dan barakah ini..

Mari kita sama-sama kongsi ganjaran yg kita dapat di bulan Ramadhan ni..


Banyakkan? Alhamdulillah..

Monday, 30 January 2012

Thursday, 12 January 2012

Tazkirah Hari Jumaat..Renung-renung kan..

As salam Jumaat..

Saya ni bukannya baik mana pun..tapi saya sentiasa cuba untuk memperbaiki akhlak dan akidah saya ke arah yang lebih baik..

Kadang kadang kita lupa yang kita sedang mengata orang..tanpa memikirkan kesannya..panduan di bawah adalah untuk peringatan saya sendiri..tetapi kalau ada yang nk berkongsi..tiada masalah..mungkin untuk peringatan kita semua bermula dari sekarang dan masa akan datang..

Biarlah Orang Mengata‏

Biarlah orang mengata kita,
jangan kita mengata
Biarlah orang memfitnah,
jangan kita melakukannya
Biarlah orang menzalimi kita,
kita maafkan saja
Biarlah orang mencaci kita,
doakan petunjuk buat mereka
Bercakaplah yang memberi faedah
atau diam lebih baik
Kenangkanlah budi orang,
lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang,
lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang,
lupakan kejahatanya
Alangkah baiknya
balas kejahatan orang
dengan kebaikan

Wahai saudara-wahai saudari
itulah panduan kita
Jadikan ia panduan
di dalam pergaulan
Krisis tidak akan panjang,
permusuhan tidak berlarutan
Itulah panduan
jika ingin aman dan harmoni
Tuan atau puan
begitulah Islam memberi panduan
Untuk keselamatan
hamba-hambaNya di dunia
Tidak ada pada ajaran
agama-agama lain
dan sebarang ideologi
Hanya ada pada Islam yang sejati
Begitulah sebahagian
etika didalam pergaulan
Marilah kita bersama-sama
mengamalkan bersungguh-sungguh
Walaupun berat sekalipun penat
Untungnya banyak di dunia akhirat
Tulisan: Mauizoh Alexendria

P/S: ustaz ada ckp semasa kuliah zohor, 1 patah perkataan yg sia2 kita akan akan diseksa selama 70 thn dunia, ishhhh x dpt bayangkan..

Wednesday, 24 August 2011

Azab Bagi Mereka Yang Meninggalkan Solat

Ya Allah..teguhkanlah iman ku..jauhi lah aku dr jalan yg Engkau Murkai..

Dipetik dari Google:
(i) Lima azab di dunia :

*Tidak mendapat rahmat dalam kehidupannya.
*Kehilangan nur (cahaya) di wajahnya.
*Tidak mendapat pahala bagi amalan-amalannya yang baik.
*Doa-doanya tidak dimakbulkan oleh Allah.
*Tidak mendapat bahagian doa-doa orang yang salih.

(ii) Tiga macam azab pada masa hendak meninggal dunia :

*Mati dengan keadaan aib.
*Dalam keadaan lapar.
*Dalam keadaan haus yang amat sangat.

(iii) Tiga azab didalam kubur :

*Dihimpit oleh kuburnya hingga tulang-tulang rusuknya berceragah.
*Dibakar dengan api dalam kuburnya.
-diguling-gulingkan dirinya di atas bara api siang dan malam.
*Ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjangnya sama dengan perjalanan sehari, dilepaskan ke atas dirinya.Ular itu bertempik seperti bunyi guruh, ' Tuhanku telah perintahkan aku supaya memukul kamu hingga terbit matahari kerana kamu melengah-lengahkan solat subuh hingga zuhur, kerana melengah-lengahkan solat zuhur hingga matahari masuk ke u***, kerana melengah-lengahkan solat asar hingga solat magrib, kerana melengah-lengahkan solat magrib ke solat Isya', kerana melengah-lengahkan solat Isha'hingga ke subuh."Ular itu pun terus memukulnya hingga sampai hari kiamat.Setiap pukulan membenamkannya hingga 70 hasta.

(iv) Tiga azab dibangkitkan :selepas

*Dihisab dengan tegas.
*Kemurkaan Allah.
*Dicampak ke dalam api neraka.

Dalam peristiwa israk, Nabi s.a.w. melihat satu kumpulan orang yang tegap dan sihat, tiba-tiba masing-masing mengangkat batu besar dihempapkan ke kepalanya.Kepala pun hancur. Kemudian kepala itu pulih seperti sediakala, lalu mereka mengangkat semula batu dan dihempapkan ke kepala mereka...Demikian berlaku berulang kali.Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril, "Siapakah mereka itu, wahai Jibril?

Jibril berkata, "Mereka itu ialah di antara umatmu yang melalaikan solat lima waktu.'

*Berusaha la mencukupkan solat lima waktu, tidak sepatutnya kita memberi seribu satu alasan kerana masa yang diambil untuk bersolat itu hanya sedikit dibanding pahala menunaikannya yang sebesar2 pahala. Malahan solat lima waktu ni diibaratkan tiang agama, macam mana tiang nak kukuh kalau tak dibina dengan sempurna?????

Tuesday, 2 August 2011

Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan 1432 Hijrah

Hari ni adalah hari kedua bepuasa..dan rasanya masih blm terlambat untuk mengucapkan Selamat Bepuasa kepada semua umat Islam di dunia ini..semoga puasa tahun ni diberkati oleh Allah S.W.T..dan disertai dgn memperbanyakkan ibadat..InsyaAllah..Di bawah ni mengenai kelebihan bulan Ramadhan from Google..Renung2 kan..

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.