Wednesday, 15 May 2013

Iman Ku Masih Belum Kukuh - Aku Redha dengan Ketentuan-Nya

Saya mengaku yang saya masih cetek ilmu agama..InsyaAllah saya akan sentiasa mempertingkat diri untuk mempelajari ilmu agama dengan banyak lagi..
Saya bertuah kerana dibesarkan oleh kedua orang tua yang tidah pernah lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah..Abah saya seorang Imam di Madrasah..emak saya pula selalu mengikut abah saya untuk solat berjemaah di madrasah..solat lima waktu berjemaah..jarang sekali saya melihat mereka solat bersendirian..melainkan abah saya ada kerja di luar kawasan..
Masa kecil-kecil dulu saya suka mengikut mereka ke madrasah dan masjid..majlis-majlis agama..Maulidur rasul..tahlil dan lain-lain..
Saya sepatutnya bersyukur dibesarkan oleh kedua orang tua yang sangat menitik beratkan solat lima waktu..tiang agama..kalo terbangun lambat matahari dah cerah memang kene bebel kat mak bukan sehari tapi sampai dua hingga ke tiga hari..dia akan bercakap pasal pentingnya bangun pagi-pagi..solat Subuh..supaya dimurahkan rezeki..dibukakan hati..

Ya Allah beruntungnya saya.........apabila saya melihat ada mak ayah yang tak ambil kisah dengan anak-anak solat atau tidak..saya mesti terus terpikir..cukup ke solat lima waktu mak ayah mereka ni..dan selalu juga saya nampak di depan mata yang mak ayah pun sama naik dengan anak tak solat...lepas tu saya mesti juga terfikir..ke manakah arah tuju keluarga mereka..ye memang tidak dinafikan keluarga mereka bahagia, penuh dengan kasih sayang, mengambil berat sesama mereka..tetapi adakah cuma untuk di dunia sahaja..macamana pula bekalan di akhirat kelak..kalau anak tidak solat..siapa yang akan mendoakan mereka setelah meninggal dunia..

Ya Allah..sudah jelas..kedua orang tua ku menyuruh anak-anaknya solat lima waktu..baca Al-Quran..baca Yassin..agar kami dapat mendoakan mereka kemudian hari..dan sudah jelas juga agar kami dapat membimbing keluarga kami ke arah jalan Allah..

Dan sekarang setelah berkeluarga dan mempunyai anak..saya sangat menginginkan sebuah keluarga yang bahagia, berkasih sayang dan beriman..InsyaAllah saya dan suami akan memperingati di antara satu sama lain..saya percaya di mana peranan suami saya sebagai ketua keluarga sangat lah penting dalam membimbing dan memberi ilmu agama kepada keluarga..namun saya juga tidak kisah jika saya yang perlu menjadi ditaktor jika suami terleka dalam bab ni...kerana saya percaya jika salah seorang tebal ilmu agama dan akidah..dengan sendirinya akan mendorong pasangan ke arah yang sama..


"akhlaq yang baik lahirnya dari akidah yang kuat"

jika hendak diumpama, 
pokok yang menghasilkan buah yang lebat masak serta ranum lagi enak dimakan pastinya punyai akar yang kuat.....begitulah kita sebagai manusia....

ibadah asas mampu memelihara diri dari melakukan maksiat
kalau mampu....
amal lah ibadah sunat..insyaAllah, menjadikan anda mukmin hebat..:)

apepun...

Bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w :
"Sebaik-baik amal ialah amalan yang kekal walaupun sedikit."


Kerdil nya rasa diri ku ini..termalu sendiri..nak minta macam-macam dengan Allah..nak itu nak ini..tapi kewajiban kepadanya masih kelaut..huhu..Ampun kan hamba-Mu ini Ya Allah..Ku tahu Allah menyayangi ku..sebab diri ku pernah alpa, pernah lalai, pernah leka...pernah melakukan dosa...dan sekarang Allah terus menduga ku agar mengingati-Nya..berdoa pada-Nya tanpa jemu..Ku redha Ya Allah..jika ini yang terbaik..hanya Engkau yang Maha Mengetahui...AKU REDHA..AKU REDHA..

Monday, 13 May 2013

Lydya 2 Tahun

Assalamualaikum..

Dah lama tak berceloteh kt sini..maklum lah tuan tanah kesibukan yang amat..selepas pre-celebration Lydya's birthday hari tu..kami balik kampung menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi..selepas tu kerja..then last week kemas rumah dan banyak masa dihabiskan bersama puteri kesayangan..segala penat lelah tidak terasa apabila melihat telatah anak ku ini..

Lama dah juga tidak bercerita mengenai 'vocab' Lydya;-)
Meh saya update...:-)

Kalau kita berdiri, tetapi Lydya duduk..dia akan cakap 'DUDDUK' dengan gaya tangan sekali suruh kita duduk bersamanya..
Kalau kita tidur, Lydya tak bagi tidur..dia akan cakap 'MAMAAA ANGUN"
Kalau papa geletek mama..Lydya akan marah..'PAPAAA..NO NO..ANGAN..AKIT' tp lepas tu dia yang sambung geletek mama..

Lagi..'NAK ANDI' nak mandi..'STOP' suruh berhenti..ada ke cakap kt kucing 'STOP'..haha..

Kan selalu tanya dia, sape tuu? sambil tunjuk kat sape2.. saje la nak suruh dia sebut nama cik yah, cik su, ayah syam dan lain-lain..kan suka dengar dia bercakap..yang kelakarnya satu petang tu ayah syam balik buka pintu..Lydya dengan spontan cakap,,'SAPE TUU.....AYAH CHAN' haha..dia yang tanya then dia yang jawab sendiri..

Oh ye..yang terbaru Lydya dh boleh sebut nama sendiri..kalau sebelum ni bile kita tanye ni sape sambil tunjuk kat dada dia..buat tak reti je..tapi sekarang dh pandai..'NI DDYAA'..ah ahh Lydya memamg suka sebut perkataan jadi double..hehe..

Mengenai lesson plak..Lydya tak pernah cakap ABC or 123 lagi..walaupun mama tak jemu-jemu menyebutnya..Lydya just dengar je tapi menyebutnya belum..tapi takpe kami dh faham cara dia..Lydya akan serap masuk otak dulu lama-lama dia akan keluarkan satu-persatu dengan spontan tanpa disangka..saya pernah cerita kat mak, "Lydya tak tau lagi nak sebut ABC n 123"..pastu mak balas balik.."Allah, budok tu kecik benet lagi besar kace butey baru.."  kih kih...

Kalau main flash card..Lydya dapat markah 70% kot..banyak jugak dah yang dia tau..kami tunjuk objek secara berperingkat..contoh yang senang-senang dulu macam yng dia dah biasa tengok seperti ball, cat, baby, fish, umbrella..then second level yang susah cikit..secara berperingkat gitewww..tp color masih fail sbb tak jumpe lagi nak beli color flash card..so pembelajaran pasal color macam tak menarik sangat..

Mama upload kt keek tgh belajar flash card
Haa satu lagi..Lydya dah igat setiap nama watak dalam kartun Upin dan Ipin..kt dalam bilik dia ada tampal sticker gambar Upin Ipin dan kawan-kawan..bila kita tanya mana Mei Mei..Lydya akan tunjuk kat gambar Mei Mei..mana Ehsan..so Lydya tunjuk kat gambar Ehsan..begitulah seterusnya..Mail, Fizi, Cikgu Jasmin, Jarjit dan lain-lain..yang paling dia ingat Mei Mei dan Ehsan kot..lepas tu Jarjit..haha..nape tah..

Jalan-jalan Giant pakai baju 'eenyi bid'

Masih suka melompat mcm dolu2 jgk
OK setakat ini update terkini untuk ini kalilah..;-)