Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Tuesday, 14 August 2012

Iftar Lagi

Sekejap je masa berlalu..dh tak sampai seminggu lagi smua umat Islam akan menyambut Eidul Fitr..

Ini lagi di antara Iftar kami di akhir-akhir Ramadhan ini..

2nd Pot Luck @ my sweet home with es-ofis mate

Pacific Regency

Lydya tgh tggu food

mkn honey dew

Usha fren

Usha lagi

Bye bye nk blk dh
Sangat berpuas hati makan dkt Soi 23 Pacific Regency..sdp dan ala-ala privacy tempatnya...x ramai org..Tak amik gmbar food pun sbb sdp sgt menikmatinya dan melayan Lydya berlari ke sana ke mari..happy sgt dia..lbh2 lg jumpe kwn sebaya..berkejar kejaran la..Lydya happy..kami pun sng hati..



Thursday, 2 August 2012

Iftar Ramadhan

Hari ini bersamaan 14 Ramadhan menandakan dah 14 hari umat Islam berpuasa..14 hari juga kita telah bersahur dan masuk 14 hari berbuka puasa...

Kepada yg masih bujang, mereka bersahur dan berbuka puasa dgn kwn2 mahupun family. Kepada yg telah berkeluarga, mestilah bebuka puasa dhn suami/ isteri dan anak2. Tak lupa juga yg sibuk mencari rezeki di bulan puasa ni, tentulah berbuka pausa di tempat kerja kan. Tak kira la mcamne skali pun..yg penting niat hendaklah betul..tapi kalo yg ponteng puasa tu lain lah..xtau nk ckp ape..Wallahualam..

Macam sy ni plak..xdela hari2 berbuka puasa dgn encik suami..sbb dia bekerja shif..lbh2 lg di bulan puasa ni..smpai ke mlm la jwb nya sbb menguruskan guest yg berbuka puasa kt hotel..sy x kisah pun kalo en suami x sempat nak balik berbuka kt rumah..lg pun dh mmg kerja dia..rasanya ada la dlm 6 kali stakat ini kami berbuka bersama-sama..+ esok lagi sekali kami akan berbuka puasa di hotel. So kalo en suami xde..Lydya la peneman sy..syg Lydya..

Iftar @ Royale Chulan hotel 29-07-12

Iftar @ Mysweethome 28-07-12 with frenss

Iftar wt Lydya
Walaupun mata dh ngantuk tp masih bertahan
teman kan mama..makan ns minyak yum yum
InsyaAllah..esok kami bertiga akan berbuka puasa di Pacific Regency..


Sunday, 21 August 2011

Iftar Wf Jaja & Kema

Nak cari mood buat keje ni..tp mood x dtg2 lg..so smbil2 cr mood ni aku nk citer psl iftar dgn jaja & kema pada sabtu lps..
Awl2 lg aku dh ckp aku mmg xsempat nl msk cz shah keje n xde sape nk tgkkan lydya kalo aku msk..lydya x bole kalo dia xnmpak sape2 dkt2 ng dia..mesti dia melalak..hee itulah alasan aku bg kt jaja..jaja pon same xle nk msk gak sbb si aqif dgn peel nye itew..so sape lg yg kena msk kalo bkn cik kema kita itew yg mmg mahir dlm bab masak memasak ni..
Pagi tu jaja beli brg2 utk masak..diorg sampai umah aku dlm pkl 3pm..lepak2 jap..then kema start masak lps asar..ok la org dh expert katakan..xkisah sgt dgn masa wlaupon 3 menu nk disediakan..aku cuma tukang potong bwang,keluar beli ais & buatkan air..
Kema masak mmg bes..wlaupon puasa tp smuanya secukup rasa..ni la juadah nya..zass layan..


Hmm bess kan..ada sambal udang,kailan ikan masin..dan yg paling meleleh..ikan bakar+sambal ikan tu..wow yg tang sambal ni la aku mmg tabik spring kt kema..sambal ni dia siap2 masak time dia blk kg last week..menurut nya 8 jam nk kena benda alah ni ats dapur..fuyoooo..dh sama mcm ofs hour plak..
Minuman pada hari itu adalah mango ice+fruits coktail..ni aku buat..hehe..


Lydya yg setia menunggu aqif smpai tertido..hehe..

Sunday, 14 August 2011

Iftar di Teratak kami..

Semalam,kami semua pakat buka pose rmai2 kt umah aku..Di antara yg menghadirkan diri adalah Fiza,Yus,Wani&Family,Suzi,Nurul&Family,DJ,Azwan,K Tini&Partner..Mcm2 ade..ade yg dimasak sendiri dan ada yg dibeli di pasar ramadhan..mcm aku..aku cuma dpt sediakan nasi putih,ayam goreng&minuman sejuk shj..Layan gmbar2 di bawah..Tapi aym goreng aku xde dlm gmbar sbb mse tu masih di dlm kuali sdg digoreng..

P/S:Hmm..Lydya meragam sakan smlm..penangan lps cocok..ksian anak mama..

Tuesday, 2 August 2011

Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan 1432 Hijrah

Hari ni adalah hari kedua bepuasa..dan rasanya masih blm terlambat untuk mengucapkan Selamat Bepuasa kepada semua umat Islam di dunia ini..semoga puasa tahun ni diberkati oleh Allah S.W.T..dan disertai dgn memperbanyakkan ibadat..InsyaAllah..Di bawah ni mengenai kelebihan bulan Ramadhan from Google..Renung2 kan..

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.