Sob sob sob...kami tk balik hari raya korban taun ni disebabkan kekangan kerja (suami ku) dan kekangan masa. Walaupun suami bekerja, kalo diikutkan sy boleh menumpang cousin utk pulang ke kampung tetapi oleh kerana cuti 3 hari adalah amat singkat ditambah lagi dgn kesesakan jalan menyebabkan saya mengambil keputusan utk tidak balik. Nasib baik kedua ibu bapa kami amat memahami. Di dalam kepala ni memang terbayang-bayang kesedapan pelbagai jenis masakan daging korban namun terpaksa dibuang jauh-jauh..namun Allah SWT tidak mengecewakan kami yang tidak pulang, dengan rezeki daging korban yg dihantar oleh abang ku, (Abe Pi) dari kampung mertuanya. Alhamdulillah...syukur..dapat juga kami merasa..banyak plak tu..sy dh buat nasi goreng daging dan daging goreng kampung..maybe next cuisine nk buat sup tulang, singgang daging dan gulai daging :-)
So, dgn adanya kelapangan masa, pada hari Sabtu selepas hubby pulang dari kerja, kami bw Lydya jalan2 ke I-City, Shah Alam. Excelly ni 2nd time kami dtg ke sini. 1st time mase Lydya berumur 4 bulan, dan kali ni Lydya dh 1 tahun setengah. Tiket masuk dh naik..kalo dulu RM1 je per car..now RM10 per car..utk main mainan kt sana kena byr asing..kami tk masuk snow house, tunggu la Lydya bsr ckit.
![]() |
Excited |
![]() |
Di bawah kilauan lampu |
![]() |
Benda alah ni berpusing-pusing naik ke atas dan turun naik.. mama igt Lydya takut tp dia relax je.. |
Hari Ahad, hubby off day..kami dh plan awal2 nk bw Lydya ke Zoo Negara, since dia fanatik sgt dgn anak patung monyet ' NYET'..so kami nk Lydya tgk monyet secara life. Dan juga animals lain yg ada disitu.
![]() |
Tengok mcm2 jenis monyet yg seangkatan dan sgt teruja dgn goat..embekk..embekk |
![]() |
Suka tgk rabbit..dan watching animal show.. ada dolphin, bangau. burung dll |
Dah lebih separuh berjalan pusing-pusing dlm zoo, Lydya dh kepenatan dan tido...layan tido dlm stroller di bawah rimbunan pokok-pokok. Kami tk amik shuttle pun sbb nk bagi Lydya berjalan, kalo penat kami dukung atau tolak dgn stroller. Baru lah adventure. Hehe..
Dalam pukul 12.30pm kami gerak dr Zoo..hmmm dua jam setengah jgk rupanya kt zoo..oh ye tiket masuk Zoo Negara, RM25 for adult witht MyKad. Lydya free je.
Di kala Lydya sambung tidur dlm kereta, kami meneruskan aktiviti ke The Royale Chulan Hotel. Hubby dh booked Hi-Tea kt Warisan Cafe. Makan time plak.
Lydya leka bermain kt Kids Corner kt situ. Ada staff yang jaga budak2 bermain. Hubby bgtau staff kt situ ckp Lydya cukup berkasih sayang..sbb nya pantang tgk patung nak kiss dan kiss diorg sekali. Hehe..
![]() |
Kids Corner |
Lama jugak kami menghabiskan masa di Warisan Cafe, The Royale Chulan. Makan2, chit chat.
Best jugak beraktiviti ketika KL lengang tanpa ramai manusia. Kami sampai di rumah sblm pkl 4pm. Ingatkan Lydya dh penat dan nk tidur ptg plak. Haih rupanya jauh sekali, dia sambung main kt rumah plak. Melompat-lompat atas katil, panjat sofa, tgk Upin Ipin..kena la layan..ok panjang lebar dh hapdate. Chow dulu ye..Insya-Allah nnt sy hapdate next activity plak.