Sunday, 21 December 2014

Ladies Out

Assalamualaikum..

Papa busy dua hari overnight kt office..so kami berdua melayan diri je la kebetulan kawanku ajak survey tadika utuk anaknya Mya..

Ladies out..pukul 11am keluar pergi tadika sesi inteview owner tadika..lps tu pergi makan..g saloon n shopping..

Add caption

Dya n Mya



skirt baru beli trus pakai..try kt kedai terus pakai..hahahha..
Syok gak ladies out ni..hmmm..

Sunday, 23 November 2014

Lydya 3 Year ++

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebelum ni pernah cerita Pencapaian Lydya sebelum 3 tahun

Alhamdulillah selepas Lydya umur 3 tahun semuanya ada peningkatan..bijak anak mama..proud of you my girl..
  1. Colors - mengenal warna - 100%
  2. Numbers - satu hingga sepuluh dan one to ten - 100%
  3. Counting - satu hingga sepuluh dan one to ten - 100%
  4. Iqra' - dah start kelas Iqra dh sebulan lebih..Iqra 1
  5. Alphabet - A to Z - 100%
  6. Dah boleh baca Al-Fatihah tapi still pelat
  7. Story telling - mama tukang dengar
  8. Match picture - Disney book
  9. Drawing - masih peringkat permulaan
  10. Diapers Less - Except tidur malam still pakai pampers still minum susu botol
  11. Di antara favourite nursery rhymes- Johny2, Rain-rain go away, Umi, Head shoulder knees & toes, a ba ta, ABC,
  12. Favourite Cartoons - Hi5, Sofea the first, Handy mandy, Chunggiton, Pirate,...hmm channel Disney memang favourite Dya..Subtitles must in English
bersiap nakg belajar Iqra kat surau..papa pakaikan tudung
MasyaAllah..

Tuesday, 18 November 2014

Lydya's 3rd Birthday Party ~ Minnie Mouse Theme

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama dah tak update blog almost setengah tahun..hari ni rasa tak nak kluar lunch sbb pagi tadi dah belasah nasi lemak..Alhamdulillah..

Sekarang Lydya dah 3 Years 7 Months tapi mama baru nk update pasal birthday party Dya yang ke-3 (27 April 2014)..sorry sayang lambat update sbb laptop still tak repair lagi..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi..majlis hari jadi berjalan dgn lancar..kami buat sekali dgn majlis akikah angah dan achik si kembar anak abang ku..

Di samping dua ekor kambing untuk akikah, saya juga tempah mee dan kue teow goreng yang digoreng live panas-panas utk birthday Dya yang pertama kali kami raikan di kampung..

Kali ni tema Minni Mouse ye atas permintaan tuan puteri. Sebelum pulang ke kampung..saya dah prepare banner n goddies bag..beli gaun dan lain-lain..Birthday cake n cup cake sy tempah online..suka sangat kek cantik bangat dan yang paling penting mestilah sedap.

Dya shy2 cat time birthday song pastu hug mama
Birthday cake, cupcake, goodies bag, banner 
So sweet
Rasa nak wat hiasan semata
Dya n her cousins
Chef mee n kue teow goreng yg sedap
Semoga Lydya menjadi anak yang solehah dan muslimah sejati..amin ya rabbal a'lamin..

Wednesday, 7 May 2014

Cuti-cuti Penang & Langkawi 4D3N

Bismillahirrahmanirrahim,,

Percutian kami ni pada awal bln lepas (April) tapi baru nak update..since laptop tak berapa sihat, blog pun bersawang je..sorry..

Kami bertolak dari KL pada 30 Mac, terus ke Penang. Mula-mula sampai terus ke Bukit Bendera (Penang Hill). Ingatkan naik cabel car macam kat Genting or Langkawi. Haha rupanya bukan, kami naik cabel train yang laju..hihi..best gak first timer..sejuk tau kat atas tu..

Baru bertolak

Sampai Penang Hill

Dalam train n stop point
After that, kami singgah makan laksa penang and  we continue our journey and check in the  hotel, Bayview Beach Resort kt Batu Ferringhi. Sampai- sampai je, Lydya terus ajak pergi swimming pool. Janji yang dituntut dan harus ditunaikan. Then, jalan-jalan kt beach dan tengok laut. 


As usual bergayut kat telefon dulu..hihi..


Yeayy mandi
Beach area

Pada malamnya, kami pergi makan Nasi Kandar Line clear kat Penang Road. Fuuh memang clear lah satu pinggan. Lydya dah penat dah masa tu. Lepas makan, kami singgah Night market..apalagi shopping ler..hihi..
Nak tido muka penat


Keesokan pagi nya, after breakfast terus check out dan kami meneruskan perjalanan ke Jeti Kuala Perlis untuk menaiki feri ke Langkawi. Harga tiket feri RM 15 per person. Lydya free je. 

Posing dulu sebelum check out
Breakfast
Sampai di jeti Langkawi, ambil kereta sewa dan terus ke hotel Four Season Resort Langkawi. 

Teruja tengok bilik dah macam rumah fully furnished

Esoknya, shopping di Kuah Town. Mostly local people or tourist mesti shopping di Kuah town ni, macam-macam ado.

Jacuzi left pic
Dataran Helang

Kids Club in Four season
Main kite as requested by lydya
Swimming pool area
Mandi pool agaim n again

Dua malam di Four Season Resort yang sangat cantik dan menarik, berkonsep kan Bali yang tidak akan kami lupakan. Oh ye kami stay di bilik Lower Malaleuca Pavilion yang mempunyai jacuzi. Cukup memuaskan hati dan rasa tidak mahu ke mana-mana. Just duduk dalam bilik pun dah dapat memberi ketenangan.

Rasa berat hati nak check out tapi apakan daya tuntutan tugas dan tanggungjawab sedang menanti. 

Big bos tgh layan perasaan
Front area

Tanjung Rhu beach

On Buggy nak check out daa

Percutian berjalan lancar. Syukur. Next entry pasal Birthday party Lydya pula ye. Stay tune.



Friday, 14 March 2014

She's a Big Girl Now

Bismillahirrahmanirrahim..

Dialog malam tadi..diriku penat dan terlelap atas katil dalam bilik..suami masih di ruang tamu bersama Dya..semasa terlelap dalam 5 minit..dengar sayup-sayup suara Dya memanggilku di sebelah..

Dya: Mama..eeya nak tidur dgn papa boleh? (3x)
(Maksud nak tidur dgn papa sbb papa baring-baring di ruang tamu jadi mungkin bertanyakan ku dulu bole ke tak sbb Dya tak nak tidur lagi)
Mama: Boleh..sayang (kiss) mama dulu..
(Mmmuah..satu ciuman di pipi..sejuk nya hati ku..)

Iyaa..kebiasaanya diri ku yang ajak Dya tidur dan tidurkan dia..dodoikan..tepuk-tepuk dan usap..kalo suamiku yang tidurkan..alamaknya papa yag tidur dulu..selalu nya macam tu lah..

Pagi tadi pula..semasa sedang bersiap dalam bilik..sementara suamiku di dapur minum air kopi..terdengar Dya bertanya..

Dya: Papa..eeya nak bawa kismis ni, boleh? (Nak bawak Kismis Tok Guru ke rumah pengasuh)
Papa: Tanya mama..
(Dya datang ke bilik sambil memeluk botol kismis tu)
Dya: Mama..eeya nak bawa kismis, boleh?
Mama: Bawa lah..
Dya: Mekacih mama..

Ya Allah..bersyukur ku pada-Mu...dengan kepetahan Dya..kelembutannya..semoga sifat ini terus berkekalan..Amin..

A big girl with a baby girl



Monday, 24 February 2014

Suami KU..Hero KU..Penyelamat KU..

Bismillahirrahmanirrahim..

Situasi pagi-pagi lagi..diriku baru bangun dari tidur..

Mulut ku bersuara.."Penat sangat semalam..adeh! periuk panaskan ayam kari malam tadi tak basuh lagi.."

Saje mmg suka cakap sorang-sorang..

hmm takpe lah nak mandi dulu..kalo sempat basuh lah..(dalam hati berkata-kata)

Sesudah mandi..terdengar bunyi 'someone' sedang cuci periuk kat singki di dapur..oh lega..

TERIMAKASIH PAPA..MAMA AMAT MENGHARGAINYA SANGAT-SANGAT..I LOVE YOU TILL JANNAH..SEMOGA HUBUNGAN KITA BERKEKALAN WALAU APE JUA RINTANGAN..

TERIMAKASIH ALLAH MEMBERI KAMI KEKUATAN INI..ALHAMDULILLAH..

**Ini salah satu cerita seorang yang bernama suami ku..mungkin di next entry..akan ku cerita lagi pasal hero ku sorang ni..**




Tuesday, 18 February 2014

Lydya Turns 3 Soon

Bismillahirrahmanirrahim...

Tik tok..tik tok..hari berganti hari..bulan berganti bulan.. sekejap je masa berlalu..Lydya dah nak masuk 3 tahun dalam masa dua bulan lagi..
Semasa dua tahun ni..bile orang tanye what is your name? "Eeyaa" .. How old are you? "Two"..spontan je Lydya jawab..hari tu pak arab waiter kat kedai nasi Arab tanye macam tu..laju ke Lydya jawab..bangga kejap mama ni..kikikih..maklumlah bukan fully english speaking..cakap bahasa kay ell+kelatey kan..bile sekali sekala anak speaking..bangga lah kejap..hahaha..

Pencapaian Lydya sebelum 3 tahun ni banyak juga ;-)
  1. Fine Motor Skill - clips paper pada tali, jigsaw puzzle, susun objek, playdoh
  2. Coloring - dah tau fokus objek dan suka dengan water color
  3. Colors - mengenal warna - 80%
  4. Numbers - satu hingga sepuluh dan one to ten
  5. Counting - satu hingga sepuluh dan one to ten
  6. Iqra' - a ba ta..semua nya a ba ta..mama kena tekan kan lagi..
  7. Alphabet - ada peningkatan gabungkan alphabet dengan objek..jigsaw puzzle dan flash card
  8. Vocab - Superb
  9. Potty Train - bermula 12-01-14..mula-mula terbabas juga..hari kedua okay dan seterusnya dah success..tapi babysitter tak train lagi kat rumah dia..
  10. Diapers Less - fully diapers less by 3 
Untuk menceritakan perkara di atas..jom layan gambar nya..

Susun tupperware

playdoh ni mama buat sendiri

jigsaw puzzle

mewarna


jigsaw puzzle

Alphabet puzzle mat

susun playdoh ikut colors

clips

Alphabet jigsaw puzzle

Focus

colours match
Reference:

http://www.sheknows.com/parenting/articles/813862/your-3-year-old-development-behavior-and-parenting-tips-1

3-year-old developmental milestones

3-year-old social skills
  • no longer a toddler
  • has become more independent
  • less selfish than 2 and exhibits less aggressive behavior
  • more aware of and sensitive to the feelings of others
  • more responsive to other children and able to develop friendships
  • capable of taking turns and sharing toys
  • will begin to identify with his own sex and traditionally related activities
  • more interested in structured games
  • spends much of his time in fantasy activity and will have imaginary friends (This is actually a very creative way for your child to sample different activities, behaviors and emotions.)
  • sense of time has become clearer and he'll know his daily routine and will try to figure out the routines of others
  • will have a capacity to understand his own place spatially amongst the family and is able to view you as a separate person
  • wants to please you — will be less dependent on you because his sense of identity is growing stronger
  • will exhibit a feisty attitude on occasion and resist your requests
3-year-old motor skills
  • losing his baby fat, developing more muscle control and gaining in height
  • is quite agile and can catch a ball with arms extended
  • jumps down from object 18 inches high using two-footed takeoff and landing
  • will be interested in tools such as scissors, paper, paint and crayons
  • draws a circle
  • cuts paper into two pieces
  • concentration is required when learning to master precision finger and hand movements
3-year-old language skills
  • will have mastered the basic rules of language and should have an active vocabulary of 600 or more words with 80 percent intelligibility
  • able to talk in sentences of three or fours words and imitate most speech sounds but still has thoughts and emotions that can't be conveyed through language
  • uses plurals and pronouns
  • may mispronounce words and will become extremely frustrated when he is not understood
http://www.pbs.org/parents/childdevelopmenttracker/three/
http://www.babycenter.com/302_3-years-old_3658730.bc



Mama akan terus mengajar dan membimbing Lydya dengan ilmu duniawi dan ukhrawi sehingga ke hujung nyawa mama..mama ingat bahawa anak adalah amanah Allah yang telah termaktub dan tiada siapa dapat mendustakannya..

manja sangat

" A mother is someone who dreams great dreams for you but then she lets you choose the dreams you have for yourself and love you just the same"

Sunday, 16 February 2014

Facebook Deactivated

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..diri ku dah berjaya menyahaktifkan facebook sejak Disember last year..so dah hampir tiga bulan..Insya-Allah akan kekal begini sampai bile-bile..dan nampaknye lagi selesa dalam keadaan tidak mempunyai facebook..

Sebab kenapa diactivated fb..
1) Saya mengaku saya ni jenis suka update fb..then lepas dah update ada kawan-kawan FB yang komen *terimakasih sudi komen..tp lps tu byk masa saya dihabiskan membalas komen la plak..oh sangat tidak bagus untuk pengurusan masa ku..mungkin org lain boleh tp saya tidak boleh begitu..sekarang ni masa untuk family adalah sangat berharga..
2) Apabila dah lama berkecimpung melalui FB, dapat ku lihat banyak yang fake dari yang real..banyak yang hanya ingin menunjuk semata-semata..banyak yang suka berlumba-lumba untuk nampak lebih bagus padahal tidak,,mungkin orang lain boleh tp saya tidak boleh begitu..jadi daripada saya merasa tidak suka atau mencemuh seseorang itu lebih baik saya tidak tengok langsung kan..dah la susah nak menambah pahala..harap berkurang lah dosa..huhu..maybe orang lain..lain pula pendapatnya..ini adalah saya..
3) FB buat lalai..oh tidak..ni yang paling takut..belum terjadi lagi saya tp pernah terjadi pada org lain kerana asyik dgn FB..tibe-tibe anak ditimpa musibah kerana si ibu khusyuk dgn FB..mintak dijauhkan..dan sebelum apa-apa berlaku baik saya berundur..

Semua di atas adalah merujuk kepada saya dan saya sangat selesa dengan situasi sekarang..saya tidak kisah dengan orang lain..maybe mempunyai pendapat yang berbeza.. sekarang ni saya betul-betul fokus pada family 100% dan semestinya lebih kan beribadah dan mengaji Al-Quran daripada melayan FB kan.. Alhamdulillah banyak perubahan yang berlaku..

Oh ye..saya ada instagram..just untuk post gambar-gambar as private collection..tapi saya tak terlalu layan sangat..so so je..

Apa yang baik daripada Allah S.W.T..dan yang tak baik itu adalah daripada saya..hamba Allah yang kerdil..

Astagfirullahal'azim..




Friday, 24 January 2014

2014

Assalamualaikum..

This is my first entry of 2014..kekekeh..dah hampir end January pun..
Macamane dgn sambutan tahun baru?? Sudah bertahun kami tak meraikan tahun baru di luar..tahun ni hubby julung kalinya cuti di tahun baru since dia dah bekerja di tempat baru..dan di atas permintaan Lydya nak tengok firework, so dia bawa kami ke Putrajaya..

HAPPY NEW YEAR!!!!
Semoga tahun ini lebih baik..dilimpahi rezeki melimpah ruah..Alhamdulillah..