Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Tuesday, 18 December 2012

WAJAR KAH MEMARAHI ANAK?


Alhamdulillah..saya diberikan masa utk melihat Page Prof. Dr. Rozieta Shaary di FB. Apabila baca coretan beliau, rasa diri ini setenang air di kali.


By Prof. Dr. Rozieta Shaary
Dah lama ibu menyepi. Maaf ya!, ibu hadiri kursus lepas tu mengendalikan kursus, lepas tu sehari suntuk pergi rikki tempat untuk kursus Rumah Tangga Bahagia. Di situ tidak ada line, maka tidak dapat hantar apa-apa postings.

Sekarang ibu dah kembali ke civilisation so to speak :)

Posting hari ini adalah sebuah soalan daripada member kita. Ibu rasa ramai yang akan menadpat menafaat dari soalan dan jawapan ini. Terima kasih kepada yang bertanya.

Soalan:

salam Ibu, 

Ibu, saya sering jadikan panduan yg ibu bg sbg guideline utk sy bsrkan anak2..sy snts berusaha utk berlembut dan tdk marah2 anak2..cuma akhir-akhir ini anak2 sering buat perangai. apabila ckp baik2 semakin manja dan mengada2 lah mereka ini.. apabila saya tinggikan suara baru la semua akan jd baik atau buat apa yg disuruh spt mandi pakai baju mengaji dll..haiii saya tak nak mrh mereka Ibu..saya selalu salahkan diri bila sy marah mrk, sy tanya mrk nak ke ummi marah2 mereka geleng kepala..buntu juga dibuatnya..

mohon pandangan ibu, kadang2 jd lemah semangat tambah2 ada tekanan lain di sekeliling kita..

Jawapan Ibu:

Adakalanya anak perlu ditunjukkan ketegasan. Itu bukan marah. Itu being firm and discipline. Ibu sering katakan, berlembut dengan anak dan be firm with them. Bukan berlembut dan just ikut kehendak mereka. Be loving and firm. If you need to reprimand mereka do so and jangan feel guilty. You are the parent. You can see what will happen if they do not do such thing. Tak mandi on time, maka susah nak tidur etc. Children need time-table and boundaries. It make them feel safe. I Love you!

I Love you too, PROF!

Semua ni sbg panduan sy dan juga utk ibu-ibu lain di luar sana..semoga kita sentiasa diberi kesabaran dan ketabahan dlm mendidik anak-anak..x perlu lah kita sibuk2 psl org lain mcm ni or mcm tu..x perlu lah kita sibuk psl anak2 org lain begini or begitu..


Sunday, 9 December 2012

MENJADI IBU/BAPA YANG BIJAK, PENGASIH DAN BERWIBAWA


Alhamdulillah..saya diberikan masa utk melihat Page Prof. Dr. Rozieta Shaary di FB. Apabila baca coretan beliau, rasa diri ini setenang air di kali.


By Prof. Dr. Rozieta Shaary


As-Salam Semua,

Pagi ini tanyakan kepada hati anda, " Adakah aku bersedia untuk menjadi ibu/bapa yang lebih bijak, pengasih dan berwibawa?" Jika anda merasakan semangat yang kuat dan melonjak, maka itu satu petanda baik dan dengan petanda itu tuliskan 3 perkara yang anda akan ambil untuk mencapai hasrat itu.jika anda berasa teragak, maka pejam mata dan bisikan 11 kali perkataan ini. " Aku layak 
menjadi ibu/bapa yang bijak, pengasih dan berwibawa." Selepas setiap satu tarik nafas panjang-panjang dan bayangkan bahawa anda memberi nasihat kepada anak-anak dengan sabar dan bijak. Lihatkan di dalam mata minda anak-anak anda begitu gembira kerana perubahan di dalam diri anda. 

Ketiga, dengarkan di telinga hati anda, bisikan anak-anak anda bila mereka sudah besar, 'Terima kasih ibu/bapa kerana mendidik saya dengan bijaksana, penuh-kasih sayang sehingga saya menjadi seorang yang hebat begini.'

Dan pasangkan lagu Maher Zain dan dengan senikatanya; INSYA ALLAH!
Anda layak mendidik generasi mulia ini untuk menjadi sangat cemerlang dan hebat demi kasih anda kepada Allah.
Jika anda mahukan dunia yang aman damai penuh kasih-sayang, maka share dengan seramai kawan anda yang boleh supaya mereka juga boleh menguatkan semangat membina generasi mulia ini menjadi khalifah fil Ard.




Jawapan saya:-
Ya! 
Saya bersedia untuk menjadi ibu/bapa yang lebih bijak, pengasih dan berwibawa!

Jika anda merasakan semangat yang kuat dan melonjak, maka itu satu petanda baik dan dengan petanda itu tuliskan 3 perkara yang anda akan ambil untuk mencapai hasrat itu.
1) SAYA AKAN TERAPKAN AJARAN AGAMA KPD ANAK SAYA SEJAK KECIL LAGI SUPAYA MEREKA TAAT KPD PERINTAH ALLAH & TIDAK LALAI DAN ALPA DGN KEHIDUPAN DUNIA SEMATA-MATA
2) SAYA AKAN BERIKAN PENDIDIKAN YG SEMPURNA KEPADA MEREKA 
3) SAYA AKAN MENDIDIK, MENGASUH DAN MEMBERI KASIH-SAYANG YG SECUKUPNYA

3 je kan..kalo ikutkan byk lagi..hehe..

Satu je saya nk tekan kan kt sini dan peringatan utk sy..yg sy tidak akan lemah atau berputus asa dalam mendidik anak-anak walau ada nya onak dan duri, walau ada nya ombak dan badai..walau ada yg cuba utk melemahkan semangat sy..ada tau..biasanya ibu-ibu akn sentiasa memberi semangat antara satu sama lain tp jgn tak tau ada yg bergembira apabila sy jatuh tersungkur..Wallahu'alam..

Seboleh-bolehnya sy akan fokus perjuangan saya dlm membesarkan anak2 saya (InsyaAllah anak2)..Setiap kata-kata nista ke atas saya.. akan saya akhiri dgn ucapan ALHAMDULILLAH..Sesungguhnya Allah mendengar doa hambaNya yg teraniaya..AMIN..





Monday, 15 October 2012

MENGAPA ANAK-ANAK SEKARANG LEBIH AGRESIF? Atau sebenarnya mereka itu LEBIH EKSPRESIF!



Petikan drpd wall FB Prof. Dr. Rozieta Shaary..Info yg sgt berguna..

Salam Semua,

Alhamdulillah, pagi ini Ibu mempunyai sedikit masa. Ibu sedang di dalam kereta ke Kedah untuk mengendalikan Kursus di sana. Hubby memandu, maka ibu bolehlah menulis kepada sayang semua.
Maaf kerana lama menunggu mengenai jawapan kepada isu anak-anak kecil yang suka menjerit-jerit, mengigit-gigit dan memukul diri sendiri atau orang lain.
Sekarang mari kita mulakan perkongsian. Sebenarnya, pada usia 1 tahun hingga 3 tahun dan mungkin membawa ke 4, 5, 6 tahun adalah usia dimana anak-anak mula mengekpresikan diri mereka. Mereka mahu memberitahu apa yang mereka rasa dan mahu. Namun, oleh kerana mereka tidak pandai bertutur lagi ( bagi yang 1-2 tahun) maka mereka melakukannya melalui pergerakan dan aksi. Sebelum ini mereka melakukan melalui tangisan sahaja. Oleh itu ibu bapa perlu memerhatikan apakah maksud pergerakan mereka itu.

Beberapa perkara yang perlu kita fahami;
1)   Jika ada anak 1 hingga 2 tahun yang kelihatan mahu memukul anak lain, jangan cepat bersangka buruk kepadanya. Selalunya dia mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang lain melakukan perkara seperti itu. Namun, pada usia sebegini mereka belum pandai mengawal kekuatan tangan mereka, maka adakalanya jadi terlebih kasar. Apa yang ibu selalu lakukan pada anak-anak kecil sebegini, ibu tolong pegang  tangan mereka dan tolong dia mengawal tangannya supaya dia boleh mengusap baby kecil itu sambil mengatakan; ‘gently, gently…’ atau ‘ perlahan-perlahan…’ Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya. Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.

2)   Setiap generasi mempunyai karacter yang berbeza. Contohnya generasi X, Y, Z dan mellinia berbeza dari segi trait dan karakter mereka. Kebanyakan Gen Mellinia ini lebih ekspresi. Selalu dikatakan degil, keras kepala dan suka menunjuk perasaan, memberontak dan lebih berani mengeluarkan pendapat mereka. Mengapa mereka begitu memang ada dan banyak sebabnya. Namun, ibu tidak mahu membincangkan di sini kerana ibu telah menulis mengenai ini sebelum ini. Sila lihat blog ibu sebelum ini.

3)   Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak Gen Mil ini. Ramai yang masih menggunakan skil parenting semalam untuk menangani Gen Mil ini. Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan. Terlalu lembut sehingga semuanya dibiarkan. Terlalu keras dan tidak ada ruang berbincang, Terlalu suka melarang dan ditakut-takutkan. Maka, anak-anak ini menjadi lagi hampa dan memberontak.  Dan Gen Mil ini lagi cepat dan kuat berasa hampa kerana memang trait mereka ini adalah sangat ekspresi. Sebenarnya mereka bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak. Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu. Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.

Langkah Mengatasi Perkara ini.
Hari ini ibu kongsikan beberapa dahulu;
1)   Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor. Lebih baik outdoor. Bila mereka bermain, mereka dapat mengekpresi diri mereka. Mereka boleh menjerit-jerit, melompat, berpeluh dsb. Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat. Cucu sulung ibu, baru-baru ini tiba-tiba suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kai balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang. Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.

2)    Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV. Bila anak-anak bermain video games, mereka akan mengalami adrenalin rush. Dan bila mereka tidak beri bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda. Jika anda sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu, apatah lagi anak-anak kecil itu.

3)   Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak. Nampak, maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula itu. Tak nampak contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya. Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang. Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.

4)   Elakkan menjerit-jerit dan terlalu kerap memarah. Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu yang merbahya baginya, seprti bermain di tengah jalan dsb. Bila terlalu suka memarahi, marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak kecil itu akan ikut. Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah. Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter. Kawal – jika nak marah sangat, jika berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit smabil memekup muka ke bantal … atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.

Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.

Rasanya cukup dulu untuk kali ini. Jika panjang sangat nanti penat pula nak membacanya. Nanti ibu akan sambung dari masa ke semasa.

Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.

Salam Kasih dari Ibu.

Monday, 12 December 2011

Rutin di hujung minggu

Bagi aku yg bekerja ni..hujung minggu adalah hari yang ditunggu tunggu..rasanya begitu juga bagi sesiapa sahaja yg bekerja…biasa hari kerja pukul 5 dh bangun..tp ble tibe je sabtu & ahad, bole bgn lbt cket..lps bgn, solat..bole guling2 atas tilam lagi..tp agak susah dh nk smbung tido coz dlm kepala duk pikir breakfast nk mkn ape..so dlm pkul 7 or 8 dh terjah dapur..kemas dlu ape2 yg patut..sbb aku punye style xle nk memasak selagi sinki dan table top x clear..kena la kemas dlu baru ada mood nk msk ketung ketang..lbh2 lg dgn kitchen cabinet yg ada skrg ni..mmg nk kena kemas je selalu..mata ni xle tgk lama2 kalo dapur bersepah..ye la dh byr mahal2 buat kabinet kan mestila kena fully take care..betul dok?hehe..
Di bawah ni adalah menu breakfast kami pada ahad lepas..
test1170
 test1171
Nasi goreng kampung + keropok goreng cap ikan emas kegemaran kami sekeluarga
Lepas dh siapkan breakfast..next mandikan putri ku..
baru lps mandi..selesa nampak..sambil layan BBTV..
Lepas dimandikan...kalo x nak tido..lydya main la golek golek..guling guling..sambil tu aku buatkan bubur nasi dia..lps tu makan..
Masak makan tengahari ke??hmmm..tgk la selera hari tu mcamne..kalo hubby aku ada kt umah..dia la yg decide nk mkn ape..kdg2 masak..kdg2 kami mkn kt luar..kdg2 jgk dia tapaukan nasi kukus versi kelantan..sedap wooo..hubby aku dh buat siasatan segenap pelusuk taman puncak jalil..dh jumpe la kdai feveret..owner kedai mestila ore kelate kito lah..tp andaikata dia keje..aku layan je segala bagai makanan yg ada kt rumah tu..bole je buat isi perut ni..hehe..
Disebabkan hubby aku masuk keje pkl 12 tghari ahad lepas..so lps melantak je ns goreng tu..tinggal lah aku dan putriku kt rumah..kami berdua..lps tidokan lydya..aku buat keje rumah..basuh kain..mengemas..tido?hoho..no time to sleep hokey..masa diisi dgn perkara yg berfaedah..cee..betul!..sejak ada anak ni mmg xde masa untuk tido di hujung minggu..yela bila si dia tido..aku kena la berkejar siapkan keje rumah...bila si dia dh bangun..mmg lydya xkan bg chance mama nk buat keje..nk srh main sama2 ng dia..xpela..i dun mind..lgpon hari minggu je pun time for us together..smpai kan tu aku rasa x puas lagi nk jaga dia..tp nk wt cne dh adat seorang ibu yg berkerjaya..
Petang ahad lepas aku bw lydya keluar naik kereta..saje bw dia keluar tgk suasana..we all pergi farmasi berdekatan dgn rumah..aku belikan Vit E lotion for lydya..nk sapu tmpat dia kena gigit semut ada parut mcm lebam..kt betis plak tu..xnak tggu lama2 nt xcantik betis anak mama..ni la rupa lotion yg aku beli..dh sapu 2 kali nampak mcm smooth cket kt tempat kena gigit semut tu..
*google*
Untuk pipi lydya yg senang naik merah2 tu aku sapu calamine lotion..dlm byk2 cream yg aku guna..cream ni la yg paling sesuai dan mujarab..ni la rupanya calamine lotion tu..
*google*
Nampak x merah kt pipi lydya sebelah kanan tu tuuuu..pg td ada ckit lg merah tu..

Mama suka agah PON PON PON YA YA YA..hehe..cuba teka pe maksud di sbalik tu?
Nanti next entry aku akn citer full details segala bagai Lydya's baby care product..sekarang ni hobi aku adalah terjah farmasi..addict plak nkg farmasi..suka tgk dan baca psl baby care product..nanti ye next entry aku citer..