Wednesday, 4 January 2012

Saya Kecewa

Kenapa? adakah saya tengah bersedih? hmm xde la sedih pun sebenarnya..habis tu kenapa saya kecewa? hmm ntah la..kecewa dgn kehidupan sekarang ke? oh no no no!! Alhamdulillah hidup saya sungguh indah dan sempurna sekarang ni disamping suami dan anak terchenta..habis tu kenapa saya kecewa? hmm biarlah soalan saya ni di jawab dgn soalan-soalan di bawah ni..
  • kenapa ada orang suka memberi sindiran daripada berterus terang sahaja
  • kenapa ada orang suka menuding jari pada orang lain sedangkan sepatutnya dia harus melihat diri sendiri dahulu..yang sebenarnya dia melakukan sesuatu seperti yang dikatakan kpd orang lain itu
  • kenapa ada orang cuma mengatakan apabila dia berada dalam kesusahan..tiada orang yang membantunya..sedangkan dia juga cuma meminta bantuan ketika berada dalam kesusahan untuk mengadu domba..apabila dah senang dan bahagia..sepi tanpa berita..dan perlukah kita menebalkan muka bertanya sedangkan jikalau hanya sekadar dijawab secara acuh x acuh sahaja..adakah masih rasa untuk bertanya dan mengambil berat..nantikan dikata menyibuk pula
  • kenapa bila ada sengketa..dia akan mengatakan org lain yang memulakan persengketaan..rasanya dia juga perlu melihat pada diri sendiri di mana silapnya
  • kenapa perlu memikirkan dan mengatakan ada orang tidak berpuas hati dengan rezeki dan kelebihannya..sedangkan dia juga tahu yang rezeki itu adalah datang daripada Allah Yang Maha Kuasa..adakah dia juga sebenarnya menafikannya..sedangkan orang yang dia perkatakan itu sentiasa redha dengan ketentuan Ilahi..adakah dia sudah membuat fitnah?
  • kenapa perlu bermegah dengan kelebihan yang diberi..dan seperti ingin memberitahu semua orang dalam dunia ini yang dia mendapat kelebihan itu..bukan cuma sekali tapi lebih daripada sekali di war-war kan kepada semua orang..adakah itu sudah menjadi kemegahan buatnya?
Hmm..itulah soalan-soalan yang merupakan jawapan kepada soalan kenapa saya kecewa?

No comments:

Post a Comment