Thursday, 26 April 2012

Happy First Year Birthday, Manja Ku

NUR SAERA LYDYA MOHD SHAH IZUDDIN
Setahun yang lalu
27.04.11
Lahirnya kamu ke dunia sudah tercatat di Luh Mahfuz
Lahirnya kamu seorang bayi yang sungguh comel
Lahirnya kamu melengkapkan kami sebagai Mama & Papa
Lahirnya kamu sebagai satu anugerah buat kami

Mama & Papa akan mendidik dan mengasuh kamu
Agar menjadi seorang anak yang solehah, cerdik pandai dan bijaksana
dan seorang insan yang beriman

Mama & Papa mendoakan agar Lydya sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Nya
Ingat lah kelahiran mu amat bermakna buat kami, dan keluarga
||
||
||
Untuk pengetahuan kamu
Di usia setahun, kamu sudah boleh berjalan laju
cuma ada tikanya kamu akn jatuh apabila tersepak mainan
Ataupun agak kekok apabila memakai kasut
Sudah faham serba sedikit dengan suruhan atau arahan
||
Dah pandai memanggil Mama dan Papa
Dah boleh sebut Nak atau Tak Nak
Dah boleh panggil Kakak
Dah boleh ikut sebutan ringkas walaupun bunyi hujung-hujung je
Dah pandai letak handphone di telinga..bila kami cakap hello
Dah pandai buat ciku-cak dengan menutup muka dengan bantal atau kain
Dah pandai kiss kalau mama suruh sayang
Dah pandai salam cium tangan walaupun sambil jilat tangan orang yang disalami
||
Kamu lebih sukakan orang lelaki..biasanya pangkat abang atau pakcik yg muda dan hensem
Harus kamu menempek dengan mereka
Kamu seorang anak yang friendly dan manja
Amat mudah di ajak berkawan
Suka mengekor ke mana sahaja kami pergi di dalam rumah
Suka menempek dengan si teddy bear atau si monyet yang papa beli
Suka memerhati 5 - 10 min jika berada di tempat baru dan selepas itu bermulalah rentak
Masih nampak ayu mayu walaupun ganas juga-->sama macam mama kot:-p
||
Kamu suka makan bubur nasi
Suka makan sayur, carrot, brokoli, roti, biskut,buah mango, honey dew
Suka sangat botol syampoo sebamed
||
Suka main handbag mama sampai jumpa duit syiling..bahaya..
Suka ambil barang-barang atas almari solek
 Kamu agak susah untuk pakai pampers
Agak susah pakai baju
Suka mengutip apa sahaja di atas lantai dan masukkan ke dalam mulut
Tak suka pakai headband dan dah pandai cabut buang
Gelisah dan tak senang duduk apabila mama bersiap pakai tudung
||
Ketahui lah setiap gerak-geri dan telatah kamu mencuit hati kami
Kamu lah penghibur..kamu lah penawar..

"SELAMAT HARI ULANGTAHUN YANG PERTAMA,
SAYANG KU LYDYA"

Bawah ni di antara gambar-gambar Lydya since new born till one year

New Born


New Born+

One Month

02 Months

03 Months

04 Months

05 Months

06 Months

07 Months

08 Months

09 Months

10 Months


11 Months
Alhamdulillah..dh one year today..pic pg ni kena paksa posing..




Amboii seriusnya muka si kecik stahun ni
Lydya's food today..baby nasi lemak..

  
Ni plak nasi lemak org dewasa
Sambal ikan bilis
  Semangat betul mama masak..pukul 3 pagi baru tidur..
Yeayy!! Mlm ni gerak to Langkawi!!






No comments:

Post a Comment