Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..diri ku dah berjaya menyahaktifkan facebook sejak Disember last year..so dah hampir tiga bulan..Insya-Allah akan kekal begini sampai bile-bile..dan nampaknye lagi selesa dalam keadaan tidak mempunyai facebook..
Sebab kenapa diactivated fb..
1) Saya mengaku saya ni jenis suka update fb..then lepas dah update ada kawan-kawan FB yang komen *terimakasih sudi komen..tp lps tu byk masa saya dihabiskan membalas komen la plak..oh sangat tidak bagus untuk pengurusan masa ku..mungkin org lain boleh tp saya tidak boleh begitu..sekarang ni masa untuk family adalah sangat berharga..
2) Apabila dah lama berkecimpung melalui FB, dapat ku lihat banyak yang fake dari yang real..banyak yang hanya ingin menunjuk semata-semata..banyak yang suka berlumba-lumba untuk nampak lebih bagus padahal tidak,,mungkin orang lain boleh tp saya tidak boleh begitu..jadi daripada saya merasa tidak suka atau mencemuh seseorang itu lebih baik saya tidak tengok langsung kan..dah la susah nak menambah pahala..harap berkurang lah dosa..huhu..maybe orang lain..lain pula pendapatnya..ini adalah saya..
3) FB buat lalai..oh tidak..ni yang paling takut..belum terjadi lagi saya tp pernah terjadi pada org lain kerana asyik dgn FB..tibe-tibe anak ditimpa musibah kerana si ibu khusyuk dgn FB..mintak dijauhkan..dan sebelum apa-apa berlaku baik saya berundur..
Semua di atas adalah merujuk kepada saya dan saya sangat selesa dengan situasi sekarang..saya tidak kisah dengan orang lain..maybe mempunyai pendapat yang berbeza.. sekarang ni saya betul-betul fokus pada family 100% dan semestinya lebih kan beribadah dan mengaji Al-Quran daripada melayan FB kan.. Alhamdulillah banyak perubahan yang berlaku..
Oh ye..saya ada instagram..just untuk post gambar-gambar as private collection..tapi saya tak terlalu layan sangat..so so je..
Apa yang baik daripada Allah S.W.T..dan yang tak baik itu adalah daripada saya..hamba Allah yang kerdil..
Astagfirullahal'azim..