Wednesday, 31 October 2012

MIND STAR ~ CATALYST


MIND STAR
RM59.90 EXCLUDE POSTAGE
15 SACHET


Mindstar adalah sejenis makanan yang memberikan nutrient untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak.Ia dapat merawat masalah saraf dan mental, takut, cemas dan runsing serta memberi keyakinan serta membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan,menghapuskan letih lesu,serabut fikiran dan kelesuan otak.

Kebaikan MINDSTAR?

4 Faedah dan Kebaikan dalam MINDSTAR:

1. Minda - Menguatkan daya ingatan serta meningkatkan daya kreativiti (otak kanan&kiri).
2. Kesihatan - Menambahkan kecergasan fizikal dan mental serta mengimbangi keharmonian tubuh dan emosi.
3. Moral - Membentuk sikap positif,matang,konfiden,tanpa putus asa
4. Oksigen - Membantu otak berfungsi ke tahap maksima

CERGAS-CERDAS-STAMINA-AKTIF
CEMERLANG-MUDAH-BELAJAR
POSITIF-SIHAT FIZIKAL-KUAT SISTEM IMUN
SEIMBANG EMOSI-MATAN-YAKIN

*MINDSTAR yang diperbuat daripada pegaga digunakan untuk menguatkan kedua-dua benda putih dan kelabu pada otak,meransang pembelajran,menguatkan ingatan,menenangkan dan meningkatkan kualiti pelajaran.

Tuesday, 30 October 2012

Wordless Wednesday


Cak!


Cer teka gambar mana sebelum dan selepas 3weeks+ mengamalkan VCO+COLLAGEN PRODUK CATALYST..haih..senang jer ;-)

Sunday, 28 October 2012

Hari Raya Korban di KL

Sob sob sob...kami tk balik hari raya korban taun ni disebabkan kekangan kerja (suami ku) dan kekangan masa. Walaupun suami bekerja, kalo diikutkan sy boleh menumpang cousin utk pulang ke kampung tetapi oleh kerana cuti 3 hari adalah amat singkat ditambah lagi dgn kesesakan jalan menyebabkan saya mengambil keputusan utk tidak balik. Nasib baik kedua ibu bapa kami amat memahami. Di dalam kepala ni memang terbayang-bayang kesedapan pelbagai jenis masakan daging korban namun terpaksa dibuang jauh-jauh..namun Allah SWT tidak mengecewakan kami yang tidak pulang, dengan rezeki daging korban yg dihantar oleh abang ku, (Abe Pi) dari kampung mertuanya. Alhamdulillah...syukur..dapat juga kami merasa..banyak plak tu..sy dh buat nasi goreng daging dan daging goreng kampung..maybe next cuisine nk buat sup tulang, singgang daging dan gulai daging :-)

So, dgn adanya kelapangan masa, pada hari Sabtu selepas hubby pulang dari kerja, kami bw Lydya jalan2 ke I-City, Shah Alam. Excelly ni 2nd time kami dtg ke sini. 1st time mase Lydya berumur 4 bulan, dan kali ni Lydya dh 1 tahun setengah. Tiket masuk dh naik..kalo dulu RM1 je per car..now RM10 per car..utk main mainan kt sana kena byr asing..kami tk masuk snow house, tunggu la Lydya bsr ckit.
Excited
Di bawah kilauan lampu
Benda alah ni berpusing-pusing naik ke atas dan turun naik..
mama igt Lydya takut tp dia relax je..
Hari Ahad, hubby off day..kami dh plan awal2 nk bw Lydya ke Zoo Negara, since dia fanatik sgt dgn anak patung monyet ' NYET'..so kami nk Lydya tgk monyet secara life. Dan juga animals lain yg ada disitu.

Tengok mcm2 jenis monyet yg seangkatan
dan sgt teruja dgn goat..embekk..embekk
Suka tgk rabbit..dan watching animal show..
ada dolphin, bangau. burung dll

Dah lebih separuh berjalan pusing-pusing dlm zoo, Lydya dh kepenatan dan tido...layan tido dlm stroller di bawah rimbunan pokok-pokok. Kami tk amik shuttle pun sbb nk bagi Lydya berjalan, kalo penat kami dukung atau tolak dgn stroller. Baru lah adventure. Hehe..

Dalam pukul 12.30pm kami gerak dr Zoo..hmmm dua jam setengah jgk rupanya kt zoo..oh ye tiket masuk Zoo Negara, RM25 for adult witht MyKad. Lydya free je.

Di kala Lydya sambung tidur dlm kereta, kami meneruskan aktiviti ke The Royale Chulan Hotel. Hubby dh booked Hi-Tea kt Warisan Cafe. Makan time plak.



Lydya leka bermain kt Kids Corner kt situ. Ada staff yang jaga budak2 bermain. Hubby bgtau staff kt situ ckp Lydya cukup berkasih sayang..sbb nya pantang tgk patung nak kiss dan kiss diorg sekali. Hehe..
Kids Corner

Lama jugak kami menghabiskan masa di Warisan Cafe, The Royale Chulan. Makan2, chit chat.

Best jugak beraktiviti ketika KL lengang tanpa ramai manusia. Kami sampai di rumah sblm pkl 4pm. Ingatkan Lydya dh penat dan nk tidur ptg plak. Haih rupanya jauh sekali, dia sambung main kt rumah plak. Melompat-lompat atas katil, panjat sofa, tgk Upin Ipin..kena la layan..ok panjang lebar dh hapdate. Chow dulu ye..Insya-Allah nnt sy hapdate next activity plak. 

Tuesday, 23 October 2012

Update gambar kt Yaankees Hut

Nak hapdate gambar je, sambungan drp entry lps Yaankees Hut Ikan Bakar

Nak tgk Lydya buat ape..gambar pun blur sbb berlari sana-sini

Main straw dlm gelas tp xle minum air manis2 lg
Bermain, berlari, melompat..hmmmmmm
Macam ni la Lydya sekarang..tgh explore..excited..nak perhatian..

Lupa plak nk ambil gambar makanan..kami order tomyam campur n ikan siakap tiga rasa..sedap dan menepati selera..yg penting surrounding restoran yang privacy itew..

Frust

Ikut kan realiti, x selalu hidup ni senang je kan..ada tikanya kecewa dan sedih sangat..

Cuba bayangkan kita berusaha untuk kebaikan diri sendiri dan org lain..Untuk diri sendiri x sedih sgt sbb kita tahu kita mmg berusaha bersungguh-sungguh..tapi kalau hanya kita je yg berusaha...tp org lain tu buat x tau je dan buat mcm xde ape yg berlaku..sedih x? Dah la dia x usaha sendiri, x tolong support sekali lepas tu buat mcm x reti je..padahal kita nk tolong dia dan sama2 berusaha..susah nya nak mengubah org ke arah kebaikan kalo org tu sendiri tak nak berusaha..

Entah la..nak mengeluh x baik..nnt susah dpt rezeki..tapi nk buat macamana lg..tertekan nya..Allah x akan bagi mcm tu je..kena usaha, berdoa dan tawakal..

Mood: Kucar kacir

Monday, 22 October 2012

Hubby Offer

Dialog pagi ni semasa on da way ke ofis---<--@

Papa: Papa nk sign la offer letter tu
Mama: Offer letter?
Papa: A ah..kan bos offer pa keje di <-----> (sory can't reveal yet)
Mama: Dapat better offer ke sama je?
Papa: Mesti la better offer
Mama: Kalo mcm tu sign je la..papa g la dulu..biar mama keje sini dulu..dgn anak kt sini..
Papa: Tak nak! Mama kena ikut sekali la
Mama: La.. mama nk keje ape kt sana
Papa: Xyah keje
Mama: (Gulp)..hmmm..ok mama buat bisnes ok jgk..(dlm hati-->ye ye je aku ni)

Dialog pagi berlalu mcm tu je lps hubby drop sy kt ofis..kalo lah betul jadi realiti..macamana agak nya?

Adakah it's time for


Thursday, 18 October 2012

Nuha Admitted

Termasuk hari ni dh 3 hari Nuha (anak kakak ku) admitted di Hospital Pakar Az-Zahra Bangi..kesian dia..kakak ku cerita dh seminggu dia demam on off..kalo demam smpai menggigil..pagi sebelum admitted tu Nuha tinggal dgn bibik..kakak ku kerja..dia ada meeting..hp silent..tgk2 ada 4 miscol drp bibik..rupe2 nya Nuha demam menggigil dh..bibik dh bwk g klinik tolak dgn stroller..sib baik dkt dgn rumah je klinik tu..2x doc masukkan ikut buntut..saya lupa dh nama ubat tu..saya pun ada standby ubat tu untuk Lydya tapi x pernah guna lagi..

Dan balik kerja je kakak ku nekad nk admit kan Nuha sbb dia susah mkn ubat tu yang lambat ckit nak baik..antibiotik pun x nak makan..excelly dh buat blood test time mula2 Nuha demam hari tu mmg doc ckp ada kuman ckit dlm darah..then ptg tu admitted terus..kesian Nuha..

So semalam lps Maghrib..kami bertiga pergi visit Nuha kt Az- Zahra Bangi..kitorg mmg familiar dgn hospital ni sbb Lydya pun buat imunisasi dgn paed kt sini..suka sgt Lydya jumpa kak Nuha..Nuha dh kurus ckit sejak g skul..makin la nampak kurus sbb demam..x mcm kecik2 dlu sgt la bam bam..

Nuha je buat peace..Lydya tgk je..
Nuha mmg suka melayan Lydya..ajak Lydya main puzzle..srh Lydya makan..Lydya pun sgt ok dgn Nuha..ye la nama pun kazen..hehe..

Lydya x duk diam sekali kt hospital..kebetulan Uni (kazen ku) nurse kt ctu..dia bwk bdk dua org ni g jalan2..tgk babies yg baru lahir kt babies room..suka la diorg..Lydya n Nuha plak mmg jenis yg friendly..suka tgk telatah budak dua orang ni..yang kelakar nya nurse2 kt situ duk panggil Lydya 'budak korean'..hehe..

Lambat jgk kami balik dlm pkul 11pm baru balik..Semoga Nuha cepat sembuh ye sayang..nnt Su-da calling2 umi..mmmuahh:-)

Uni tunjukkan kami restoran yang bes..Yaankees Hut ikan bakar..privacy sgt restoran tu..kami pilih pondok sbgai tempat duduk..hmmm nyaman dan sunyi..len kali kami dtg lagi..

kami berdua..Lydya tgh 'buas supo baling'
Nnt sy update entry ni masukkan pic Lydya yang xle duk diam sekali (buas supo baling);-)


Wednesday, 17 October 2012

Monday, 15 October 2012

MENGAPA ANAK-ANAK SEKARANG LEBIH AGRESIF? Atau sebenarnya mereka itu LEBIH EKSPRESIF!



Petikan drpd wall FB Prof. Dr. Rozieta Shaary..Info yg sgt berguna..

Salam Semua,

Alhamdulillah, pagi ini Ibu mempunyai sedikit masa. Ibu sedang di dalam kereta ke Kedah untuk mengendalikan Kursus di sana. Hubby memandu, maka ibu bolehlah menulis kepada sayang semua.
Maaf kerana lama menunggu mengenai jawapan kepada isu anak-anak kecil yang suka menjerit-jerit, mengigit-gigit dan memukul diri sendiri atau orang lain.
Sekarang mari kita mulakan perkongsian. Sebenarnya, pada usia 1 tahun hingga 3 tahun dan mungkin membawa ke 4, 5, 6 tahun adalah usia dimana anak-anak mula mengekpresikan diri mereka. Mereka mahu memberitahu apa yang mereka rasa dan mahu. Namun, oleh kerana mereka tidak pandai bertutur lagi ( bagi yang 1-2 tahun) maka mereka melakukannya melalui pergerakan dan aksi. Sebelum ini mereka melakukan melalui tangisan sahaja. Oleh itu ibu bapa perlu memerhatikan apakah maksud pergerakan mereka itu.

Beberapa perkara yang perlu kita fahami;
1)   Jika ada anak 1 hingga 2 tahun yang kelihatan mahu memukul anak lain, jangan cepat bersangka buruk kepadanya. Selalunya dia mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang lain melakukan perkara seperti itu. Namun, pada usia sebegini mereka belum pandai mengawal kekuatan tangan mereka, maka adakalanya jadi terlebih kasar. Apa yang ibu selalu lakukan pada anak-anak kecil sebegini, ibu tolong pegang  tangan mereka dan tolong dia mengawal tangannya supaya dia boleh mengusap baby kecil itu sambil mengatakan; ‘gently, gently…’ atau ‘ perlahan-perlahan…’ Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya. Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.

2)   Setiap generasi mempunyai karacter yang berbeza. Contohnya generasi X, Y, Z dan mellinia berbeza dari segi trait dan karakter mereka. Kebanyakan Gen Mellinia ini lebih ekspresi. Selalu dikatakan degil, keras kepala dan suka menunjuk perasaan, memberontak dan lebih berani mengeluarkan pendapat mereka. Mengapa mereka begitu memang ada dan banyak sebabnya. Namun, ibu tidak mahu membincangkan di sini kerana ibu telah menulis mengenai ini sebelum ini. Sila lihat blog ibu sebelum ini.

3)   Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak Gen Mil ini. Ramai yang masih menggunakan skil parenting semalam untuk menangani Gen Mil ini. Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan. Terlalu lembut sehingga semuanya dibiarkan. Terlalu keras dan tidak ada ruang berbincang, Terlalu suka melarang dan ditakut-takutkan. Maka, anak-anak ini menjadi lagi hampa dan memberontak.  Dan Gen Mil ini lagi cepat dan kuat berasa hampa kerana memang trait mereka ini adalah sangat ekspresi. Sebenarnya mereka bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak. Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu. Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.

Langkah Mengatasi Perkara ini.
Hari ini ibu kongsikan beberapa dahulu;
1)   Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor. Lebih baik outdoor. Bila mereka bermain, mereka dapat mengekpresi diri mereka. Mereka boleh menjerit-jerit, melompat, berpeluh dsb. Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat. Cucu sulung ibu, baru-baru ini tiba-tiba suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kai balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang. Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.

2)    Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV. Bila anak-anak bermain video games, mereka akan mengalami adrenalin rush. Dan bila mereka tidak beri bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda. Jika anda sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu, apatah lagi anak-anak kecil itu.

3)   Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak. Nampak, maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula itu. Tak nampak contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya. Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang. Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.

4)   Elakkan menjerit-jerit dan terlalu kerap memarah. Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu yang merbahya baginya, seprti bermain di tengah jalan dsb. Bila terlalu suka memarahi, marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak kecil itu akan ikut. Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah. Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter. Kawal – jika nak marah sangat, jika berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit smabil memekup muka ke bantal … atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.

Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.

Rasanya cukup dulu untuk kali ini. Jika panjang sangat nanti penat pula nak membacanya. Nanti ibu akan sambung dari masa ke semasa.

Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.

Salam Kasih dari Ibu.

Marilah bantu Ahmad Adam Syukri


Menitik air mata membaca kisah adik Ahmad Adam Syukri..Ya Allah..sembuhkan dia drpd penyakit kritikal ini dan permudahkan perjalanan hidupnya..
AHMAD ADAM SYUKRI lahir secara vacum pada 4/32012, sewaktu kelahirannya adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen dan telah mengalamai BRAIN DAMAGED (SERVE HIE) atau lebih dikenali sebagai KEROSAKAN PADA SARAF OTAK.

SCAN MRI pada 9/3/2012 menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yg amat teruk...Adam tidak pandai menelan airliur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup.Adam juga perlu bergantung kepada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur utk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya.Mata kanan Adam mengalami injured , begitu juga telinga sebelah kana yg tidap dpt mendengar kerana kerosakan pd bahagian dalam telinganya.

Doktor pakar otak mengesahkan Adam akn terlantar SEUMUR HIDUP dan peluang utk berjalan dan hidup spt kanak2 normal memeng amat tipis.Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak adam sebagai kematian saraf otak"


Daripada Jabir b Abdullah s.a.w bersabda:
"Tiap-tiap penyakit ada ubatnya,Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut,maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslin dan Ahmad)

Marilah sama-sama kita berdoa utk kesihatan Adam
semoga ada keajaiban yg berlaku dari Allah S.W.T ...amin

Bagi yang ingin mnghulurkan bantuan:
NORAISYAH MD MALENA
LOT 432 TMN SUSUR JAMBU
LN JAMBU SELATAN
96100 SARIKEI, SARAWAK
CIMB - Noraisah Bt Mohamed Malena (0204007292201)

Sunday, 14 October 2012

Lydya Kini

Lydya..anak kesayangan mama..ye la sape x syg anak kan..semua org syg kan anak..;-)

Lydya kini tersangat lah manja..semakin manja..kami manja kan ke? Rasa xdela mcm terlalu manja kan..kalo dia x dgr cakap..marah jgk..nk marah mcamne pun bdk lagi..bukannya fhm pun..sbb dia masih dlm fasa ingin tahu..marah secara teguran mcm tu la..xdela smpai pukul bagai..lagi pun pakar kaunseling kanak2 pun x bagi kita pukul budak2..issshh nk pukul pun x smpai hati..xtau la yg boleh sampai dera anak tu..mane la akal fikiran diorg tu..minta jauh la dr benda2 mcm ni..

OK balik kepada Lydya yg manja skrg ni..dlm entry lps sy pernah cerita Lydya suka merajuk..rebah kan badan..buat2 lembik..semua kejadian tu berlaku di rumah..tetapi itu sebelum ni..nak dijadikan cerita Lydya dh ber tantrum kt shopping complex plak..hah sudah..iye..lps naik control car yg rm5, 10min tu..Lydya nampak belon yg berupa boboiboy..ada dora the explorer..dan mcm2 lg la..dia ckp NAK..tapi bile pegi dekat belon2 tu..terus buat geli2..aik..nak ke tak nak..so kami assume Lydya tak nak..so ajak dia balik..sekali dia ckp NAK plak..dah terus duduk ats simen kt ctu..tp belum rebah kan badan..senget2 je..tau kotor agaknya..sambil merengek kt situ..terus papa nya angkat..x nak jugak..nak dukung ng mama plak..bile dh dukung smpai ke depan ckit..suruh Lydya jalan..berlari plak gi tempat belon td..hehe..last2 x beli pun sbb dia buat geli2 gitew..x tau ape yg dia nak sebenarnya..sabau je la..

Lydya juga sekarang ni semakin friendly..pg td bile kakak cleaner kt aparment panggil lps keluar lif..terus dia berlari kt cleaner tu..mmuah2x dgn kakak cleaner tu..bile mama ckp bye2x..terus berlari kt mama plak smbil sengih2..lucu la anak mama ni..

Mulut jgn ckp la skrg ni..becok je memanjang..tapi 70% dlm bahasa rasminya..hehe..dan Lydya ni cepat prihatin..kalo bunyi ape2 je..kdg2 kita pun x dgr..tp dia yg dgr dulu terus dia nganga mulut kecik tu..lps tu ckp SSHHH..sambil jari kt mulut..pastu pg td papa lmbat ckit keluar rumah..dah nk smpai kt lif, bile perasan papa xde..cpt2 berlari blk panggil papa..dua kali plak tu mcm tu..comel je..takut sgt tinggal papa..hehe..

Lydya suka tgk buku bergambar...especially gambar animals..ade sebijik mama belikan time Lydya 3-4 bulan lagi n she loves it..yg ABC kami tampal kt pintu tu..Lydya dh fhm..kalo mama ckp ABC..terus pergi kt pintu tp tunjuk sesuka hati dia je..kalo mama tye mane huruf A..ada la sekali dua dia tunjuk kt A-Apple..dan mama selalu praktik kan kalo Lydya pandai buat ape2 dgn jaya nya..mama akn ckp "pandai Lydya"..so dia pun fhm n terus clap sengih2..dan kdg2 tu x sempat mama ckp 'pandai'..Lydya dh clap dlu..sbb dia tau yg dia dh berjaya..hehe..Good girl..

Mmg suka sgt tgk perkembangan Lydya dari hari ke hari..yg semakin aktif dan ligat tu..dan bijak semestinya..Alhamdulillah..

Tiada apa harga yang berharta kt dunia ni selain daripada anak..Insya-Allah akan kami jaga dan didik Lydya sebaik-baik amanah yg dianugerahkan oleh Allah S.W.T.

**Time ni belum mandi pagi**
*She loves pasta*



Saturday, 13 October 2012

Jalan2 Weekend

Biarlah gambar yg menceritakan segalanya..chewahh!

Alahai hapdate dgn tab, satu gmbr je leh ltk caption..(xde mood nk buka laptop)
two weeks ago mkn kt the chicken rice shop




Wednesday, 10 October 2012

Ada beza tak?

 Cer teka mane sebelum dan selepas pengambilan VCO + COLLAGEN Catalyst??

Camera HP yg sama, brightness n contras pun same, ada beza kan?

pkai lipstik kaler pink
pkai lipstik kaler brown pink

Tuesday, 9 October 2012

Testimoni VCO N COLLAGEN Catalyst

Hari ni nk cerita psl keajaiban minyak kelapa dara/ VCO & COLLAGEN

Sebelum tu sy nk bgtau yg VCO + COLLAGEN adalah gabungan yang mantap hokay!!

Jom tgk di antara testimonial yg nyata dan bukan tipu2 k...

VCO RM39.90 + COLLAGEN RM59.90 satu kotak
(Exclude postage)








Nak order bole add sy kt fb ye..fb page ada kt main page blog ni:-)

Sibuk Sikit

Mak bz ber-online bisnes lately.....catalyst product uolss..kalo nk order bole add sy kt fb..elydalydya

My Lydya pun cbuk gak berbisnes..hehe..

Teman mama tunggu post office bukak

Aisshh..mne ni lmbtnyee..

Cara2 buat bibir nampak sexyy..haha..noty..
Hair treatment dh tumpah..nk mkn collagen plak..mak haihh..
Ok daa..bz2...:-D

Thursday, 4 October 2012

VCO + COLLAGEN


Kesinambungan entry lepas, mengenai VCO dan COLLAGEN

Kepada sesiapa yang ingin mendapat hasil kulit yang cantik dalam masa yg singkat boleh mengambil 
VCO + COLLAGEN sekaligus yang merupakan gabungan yang mantap

VCO RM39.90, 60 SOFTGEL CAPSULES
COLLAGEN RM59.00, 15 SACHETS
(EXCLUDE POSTAGE)

Bole ADD/PM/ INBOX saya di FB elyda lydya untuk maklumat yang lebih lanjut 
Saya yakin anda akan berpuas hati selepas menggunakannya kerana saya juga salah seorang pengguna 
VCO + COLLAGEN CATALYST


Tuesday, 2 October 2012

COLLAGEN CATALYST


COLLAGEN

RM59.90/ 15 SACHETS (EXCLUDE POSTAGE)

APAKAH COLLAGEN?
Collagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai :
•Perekat dalam badan. Ia memberikan struktur kepada badan,

•Melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkan dengan tulang badan
•Collagen dalam badan kita akan mengalami penyusutan apabila umur kita semakin meningkat kebiasaannya pada tahap 20-an dan ke atas
•Pengambilan supplement collagen perlu diambil dari segi pengambilan makanan yang terdiri dari sumber collagen/supplemen tambahan(catalyst collagen)


GOLONGAN YG SESUAI MENGGUNAKAN COLLAGEN
- wanita yang ingin berkahwin (mesti berseri-seri muka atas pelamin)
-anak-anak dara yang nak masuk umur 20 -an (boleh mengekalkan keanjalan kulit)
-ibu mengandung (untuk sentiasa kekal berseri-seri)
- para isteri untuk menjaga kecantikan supaya kekal segar dan cantik



KELEBIHAN & KESAN
Mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan
Memastikan keanjalan dan kesegaran kulit
Mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit
Mengatasi masalah kulit kusam,berminyak, kering dan berkedut
Membantu melicinkan tumit merekah dan kuku malap&mudah patah
Menyubur dan menyihatkan rambut agar kelihatan hebat dan berkilau
Membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ke tahap maksima
Menghilangkan parut-parut lama dan kesan jerawat
Mengurangkan selulit dan memastikan kulit sentiasa cantik
Minda lebih cergas dan pergerakan tubuh menjadi lebih lancar
Badan akan rasa lebih cergas dan bertenaga



KESAN-KESAN
- kulit tidak akan berminyak tetapi tidak terlalu kering
- dapat mengurangkan masalah JERAWAT (akan hilang)
- dapat mengurangkan PARUT-PARUT yang ada di kulit
- minda lebih cergas dan pergerakan anggota badan menjadi lancar
- kuku tidak patah, rambut akan jadi lebih cantik